Polis tahan dua suspek terlibat kegiatan ‘ah long’

LocalPolitics
29 Aug 2024 • 3:57 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Lagatah Toyos

TAWAU: Polis menangkap dua lelaki disyaki terlibat kegiatan pemberi pinjaman haram atau ‘ah long’ di Felda Umas, Kalabakan, selepas mereka didakwa mengugut seorang peminjam untuk membayar hutangnya.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata, dua suspek warga tempatan masing-masing berusia 29 dan 31 tahun itu, ditangkap sekitar jam 10 malam Isnin lalu.

Beliau berkata satu laporan polis dibuat oleh mangsa yang mendakwa dua lelaki itu menyimbah cat merah pada pintu dan dinding rumahnya pada Sabtu lepas selain meninggalkan nota memintanya membayar hutangnya.

“Menurut pengadu, dia juga menerima pesanan suara dengan ugutan untuk membakar kereta mangsa dan keluarganya, serta mengugut dia mengetahui kedudukan mangsa,” katanya dalam kenyataan, pada Rabu.

SPONSORED CONTENT Hajiji says young business professionals' inputs needed to develop Sabah Kota Kinabalu: Chief Minister Datuk Seri Hajiji Noor said he welcomed inputs from young business professionals to assist in policy formulation. Read more Jasmin berkata, kedua-dua suspek berjaya dikesan dan ditahan di sekitar Felda Umas oleh sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau bersama anggota dari Balai Polis Bombalai.

“Hasil pemeriksaan di dalam kenderaan suspek, polis menemukan satu bekas botol kosong terdapat kesan cat merah, sehelai kertas notis amaran ‘bayar hutang’ berserta pen merah yang disimpan di dalam but belakang kereta tersebut,” katanya.

Beliau berkata, suspek dipercayai diupah oleh pemberi pinjaman wang dalam talian.

Tambahnya, semakan mendapati suspek berumur 29 tahun itu mempunyai satu rekod jenayah lampau berkaitan dadah di Kinabatangan.

“Kedua-dua suspek kini direman sehingga 30 Ogos dan kes disiasat mengikut seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjam Wang (APPW) 1951,” katanya.

Dalam pada itu, Jasmin menasihatkan orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan tawaran skim pinjaman selain daripada syarikat perbankan.

Tambahnya, mereka juga mesti meneliti perjanjian sebelum membuat sebarang pinjaman daripada pemberi pinjaman wang tanpa lesen dan tidak sewenangnya memuat turun aplikasi mencurigakan dalam telefon mudah alih.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.