
TAWAU: Polis menahan tiga lelaki, termasuk remaja berumur 15 tahun, kerana disyaki merogol remaja perempuan yang dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu, sebelum ditemui selamat di Jalan Tengku Osman, sekitar jam 1 pagi Selasa.
Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata, suspek berusia antara 15 dan 29 tahun itu ditangkap di lokasi berasingan antara jam 9 hingga 12 tengah malam, pada hari yang sama mangsa ditemukan.
Menurutnya, penahanan itu dibuat susulan keterangan mangsa yang mendedahkan dia dirogol oleh tiga lelaki dikenalinya, dalam kenyataannya kepada polis Tawau pada jam 3 pagi Selasa.
Kesemua suspek ditahan reman selama tujuh hari hingga 4 September.
SPONSORED CONTENT Hajiji says young business professionals' inputs needed to develop Sabah Kota Kinabalu: Chief Minister Datuk Seri Hajiji Noor said he welcomed inputs from young business professionals to assist in policy formulation. Read more “Kes disiasat mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan kerana kesalahan rogol dan jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara selama 20 tahun dan disebat,” katanya dalam kenyataan, Rabu.
Media sebelum ini melaporkan kehilangan remaja perempuan itu, yang disedari kakaknya apabila tidak pulang ke rumah sehingga lewat petang Jumaat lalu (23 Ogos).
Kes itu disiasat di bawah laporan orang hilang dan akhirnya remaja tersebut ditemui selamat di Kg Jawa, Jalan Tengku Osman di sini.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

