Polis tahan empat lelaki disyaki terlibat kegiatan samun sekitar Seri Iskandar

22 Dec 2024 • 11:00 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

IPOH, 22 DIS: Empat lelaki diberkas polis tidak sampai 24 jam selepas disyaki terlibat dalam kegiatan samun di kawasan sekitar Seri Iskandar.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah Supt Hafezul Helmi Hamzah dalam kenyataan hari ini berkata keempat-empat suspek yang berusia antara 27 tahun hingga 35 tahun itu ditahan sepasukan anggota polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis (IPD) Perak Tengah, pada kira-kira 11.40 malam tadi.

Beliau berkata laporan polis telah dibuat oleh pengadu pada 10.06 pagi, semalam di Balai Polis Seri Iskandar.

“Kesemua suspek direman selama lima hari hingga 26 Dis untuk siasatan lanjut,” katanya menambah kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

Justeru, beliau berkata mana-mana individu yang mempunyai maklumat berhubung kejadian jenayah berkenaan diminta menyalurkan maklumat kepada Pegawai Penyiasat Jenayah IPD Perak Tengah Insp Mohamad Zulkarnain Jusoh di talian 013-9740294.

— BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved