Polis tahan lelaki ada masalah mental rosakkan kubur di Sibu

29 Dec 2022 • 10:08 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

SIBU: Polis menahan seorang lelaki yang memiliki sejarah masalah mental hari ini, kerana disyaki menceroboh dan merosakkan kubur di Tanah Perkuburan Islam Al-Qadim yang berusia lebih 100 tahun, di sini Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili berkata suspek berumur 49 tahun itu ditahan di Jalan Channel di sini kira-kira pukul 1 tengah hari tadi dan dirujuk ke wad psikiatri Hospital Sibu.

“Kertas siasatan akan dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat untuk mendapatkan arahan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata laporan polis berhubung kejadian itu dibuat kira-kira 1.58 tengah hari Sabtu lepas dan siasatan awal mendapati 11 lot kubur dengan batu nisannya dicabut dan patah manakala empat lot lagi mengalami kerosakan.

Beliau berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 297 Kanun Keseksaan kerana pencerobohan di tempat-tempat perkuburan dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut berhubung kes itu agar menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Ahmad Hakimi Abd Azid menerusi talian 011-31873715. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved