Polis Tahan Lelaki Cuba Samun Van Keselamatan, Rampas Semula Senjata Api

23 Jul 2026 • 10:52 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Polis Tahan Lelaki Cuba Samun Van Keselamatan, Rampas Semula Senjata Api

Polis Tahan Lelaki Cuba Samun Van Keselamatan, Rampas Semula Senjata Api

KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Seorang lelaki ditahan kerana dipercayai terlibat dalam kejadian cubaan samun van keselamatan dan melarikan senjata api di hadapan sebuah bank di Bukit Tinggi, Klang, Isnin lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk M Kumar berkata suspek warga tempatan berusia lingkungan 20-an itu ditahan di Shah Alam, Selangor pada 11 pagi tadi.

Beliau berkata dalam kejadian 20 Julai itu, suspek dipercayai cuba menyamun kenderaan syarikat keselamatan yang sedang membawa wang tunai sebelum bertindak merampas senapang jenis 'pump gun' milik pengawal keselamatan dan melarikan diri menaiki motosikal.

"Susulan itu, satu operasi khas telah dilancarkan oleh Bahagian D9 JSJ Bukit Aman dan pasukan serbuan berjaya merampas semula selaras pump gun jenama Mossberg bersama sebutir peluru 12 bore daripada suspek.

"Turut dirampas ialah sepucuk pistol pelepas olahraga jenama Ekol Lite bersama 48 butir peluru blank," katanya dalam kenyataan malam ini.

Baca juga:

Kumar berkata semakan mendapati suspek mempunyai satu rekod jenayah lampau di bawah Seksyen 8 Akta Senjata 1960.

Katanya, kes berkenaan kini disiasat di bawah Seksyen 392 dan 397 Kanun Keseksaan atas kesalahan rompakan bersenjata yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Selain itu, suspek turut disiasat mengikut Seksyen 4 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang boleh membawa hukuman penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang daripada enam kali.

"Permohonan reman terhadap suspek di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah akan dibuat di hadapan mahkamah esok," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved