Polis tahan lelaki disyaki toreh muka rakan dalam pergaduhan

16 Aug 2022 • 9:39 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki di sini awal pagi ini yang disyaki menoreh muka rakannya menggunakan pisau lipat dalam satu pergaduhan di padang bola jaring di Merdeka Villa, Ampang, di sini minggu lepas.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohamad Farouk Eshak berkata lelaki berusia 24 tahun itu ditahan di rumahnya di Semenyih dekat sini pada pukul 2 pagi tadi.

“Semakan mendapati beliau mempunyai 11 rekod lampau membabitkan kesalahan jenayah dan dadah manakala ujian awal saringan air kencing mendapati beliau positif dadah jenis Tetra Hydrocannibol (THC),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya polis telah membawa lelaki itu ke Mahkamah Ampang pagi tadi bagi mendapatkan arahan reman dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan menggunakan senjata. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved