Polis tahan lelaki jadi “keldai akaun” sindiket penipuan

11 Jul 2024 • 11:34 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Bernama

BALIK PULAU: Polis menahan seorang lelaki kerana disyaki menjadi “keldai akaun” kepada satu sindiket penipuan berkaitan pelaburan tidak wujud secara dalam talian, melibatkan kerugian hingga RM32,300 kepada mangsa baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Kamarul Rizal Jenal berkata lelaki berusia 27 tahun itu ditahan sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Daerah Barat Daya di sini semalam.

“Siasatan mendapati mangsa telah membuat transaksi secara dalam talian ke akaun bank dengan jumlah keseluruhan RM32,300, namun dia membuat laporan polis selepas menyedari menjadi ditipu,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata lelaki itu kini direman bagi membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kesalahan menipu.

SPONSORED CONTENT Shell awards Sabah LiveWIRE winners Kota Kinabalu: Shell has awarded five enterprises as the state winners of Shell LiveWIRE Malaysia 2024, following the Sabah state finals held at Plaza Shell in Kota Kinabalu. . Read more Sementara itu Kamarul Rizal berkata Selasa lepas polis menahan empat lelaki berusia 25 hingga 33 tahun kerana disyaki terlibat dalam kes samun tanpa senjata api di Bayan Baru, di sini minggu lepas.

Beliau berkata empat lelaki itu ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di sekitar sini hasil risikan serta maklumat awam, dan keempat-empat suspek kini direman bagi membantu siasatan.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.