Lepas Gagal Dihubungi, Pelakon Didakwa Pukul GF Akhirnya Beri Keterangan Kepada Polis

Entertainment
11 Jul 2024 • 3:55 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

7 Julai lalu, heboh di media sosial apabila seorang pelakon lelaki bertubuh sasa berusia 37 tahun dikatakan memukul teman wanitanya.

Terbaru, pelakon itu difahamkan telah memberi keterangan kepada pihak polis susulan insiden tersebut.

image is not available
Gambar hiasan

Lelaki berusia 30-an itu hadir memberikan keterangan berhubung dakwaan itu dan ditemani bapanya sekitar pukul 9 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, lelaki berkenaan hanya diambil keterangan sahaja dan tiada tangkapan dilakukan.

“Pelakon terbabit telah hadir memberi keterangan kepada pegawai penyiasat sekitar pukul 9 malam tadi ditemani bapanya. Rakaman percakapan kakak mangsa juga telah diambil,” katanya.

Menurut Kosmo!, kertas siasatan akan dikemukakan kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk arahan lanjut.

Sebelum ini, difahamkan polis gagal menghubungi pelakon lelaki tersebut termasuk melalui aplikasi WhatsApp untuk proses merakam percakapan.

Bagaimanapun, tindakan tersebut diambil selepas Perintah Untuk Menyiasat (OTI) diperoleh dan kes disiasat di bawah 323 Kanun Keseksaan katanya.

Dalam kejadian 7 Julai lalu, suspek dipercayai memukul pengadu kerana tidak puas hati wanita tersebut keluar dengan kakaknya tanpa minta izin suspek.

Berang dengan tindakan teman wanitanya itu, dia bertindak memarahi dan menumbuk mata kiri serta badan wanita berkenaan.

Sumber: Kosmo!

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.