
Polis memberkas seorang lelaki tempatan berumur 33 tahun yang dikatakan tiba-tiba mengamuk tanpa sebab di Kg Saddani, Batu 2 Jalan Apas, dekat sini pada Rabu lepas.
Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata, suspek berkenaan turut bertindak menumbuk dinding rumah seorang wanita, 59, sebelum mencapai sebilah parang dan mengancam mangsa dengan kata-kata ugutan.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Menurutnya, mangsa segera membuat laporan polis kerana berasa terancam dengan tindakan agresif dan kata-kata ugutan suspek.
Katanya, susulan itu, sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ), IPD Tawau menahan suspek tidak jauh dari lokasi kejadian kira-kira jam 3.40 petang Jumaat.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more “Hasil semakan rekod lampau mendapati suspek mempunyai empat rekod berkaitan jenayah dan penyalahgunaan dadah,” katanya dalam kenyataan, pada Sabtu.
Kes itu disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Dalam pada itu, beliau mengingatkan orang ramai bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang mengancam keselamatan orang lain.
Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya segera melaporkan sebarang kejadian jenayah bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat di daerah ini terjamin. Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

