Warga asing cekik anak, ugut isteri

LocalPolitics
23 Feb 2025 • 1:08 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Lagatah Toyos

TAWAU: Seorang lelaki yang didakwa mencekik anaknya kerana tidak puas hati dengan permohonan cerai dan tuntutan fasakh isterinya, 39, ditahan polis pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata, suspek warga asing berusia 40an itu dikatakan turut mengugut untuk memukul wanita tersebut dalam kejadian di kawasan perumahan Taman Semarak.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Suspek ditahan sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) IPD Tawau di kawasan bandar Tawau sekitar jam 2.20 petang Jumaat,” katanya, Sabtu.

Menurutnya, suspek dipercayai sering mengganggu mangsa yang bekerja sebagai jurujual sejak permohonan cerai dikemukakan wanita itu pada tahun lepas.

SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Dalam kejadian terbaru, suspek bertindak agresif dengan mencekik anak mereka sebelum mengugut mahu mencederakan isterinya.

Jasmin berkata, mangsa yang ketakutan segera membuat laporan polis bagi mendapatkan perlindungan sebelum suspek ditangkap polis hasil maklumat dan risikan.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Tambahnya, suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 323 dan 326A Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan ugutan jenayah.

Mengulas lanjut, beliau berkata polis memandang serius kes keganasan rumahtangga dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang mengancam keselamatan ahli keluarga mereka.