Polis tahan pasangan kekasih bantu siasatan kes bunuh wanita warga emas

LocalPolitics
3 Feb 2025 • 6:00 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Kedua-dua suspek kini direman selama tujuh hari sehingga 9 Februari bagi membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Foto hiasan

BUTTERWORTH - Polis menahan sepasang kekasih bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang wanita warga emas yang dipercayai dibunuh dalam kejadian di sebuah rumah di Pangsapuri Seri Orkid di sini, Jumaat lepas.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, pasangan kekasih berusia 20-an itu ditahan di sebuah rumah di Paya Terubong dekat sini, kira-kira jam 6.30 pagi pada Isnin hasil risikan dan intipan pihak polis.

"Lelaki yang ditahan itu merupakan anak kepada wanita warga emas berusia 60-an yang ditemukan maut dalam kejadian tersebut dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengetahui motif sebenar insiden berkenaan," katanya ketika dihubungi Bernama pada Isnin.

Menurut beliau, kedua-dua suspek kini direman selama tujuh hari sehingga 9 Februari bagi membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Mayat wanita itu ditemukan selepas jiran-jiran terhidu bau busuk dari rumah mangsa. Pemeriksaan pihak berkuasa seterusnya menemukan mayat mangsa, yang kemudiannya dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk dibedah siasat. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved