Polis trafik bantu warga emas lintas jalan, tindakan sopan salam cium tangan raih pujian

3 Feb 2025 • 3:59 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Polis trafik bantu warga emas

Seorang polis trafik bantu warga emas sewaktu mahu melintas jalan raya telah mendapat perhatian ramai susulan tindakan sopannya.

@bsptipddungun

Semasa membuat OP Pematuhan Lalu lintas, ternampak seorang pakcik yang ingin melintas jalan.. Semoga pakcik diberikan kesihatan yang baik #opselamat23 #opselamattahunbarucina2025 #fyp #jspt #trafik #dungun #panducermatjiwaselamat #capcut

♬ Hijab Rindu - Black Hanifah

Polis trafik bantu warga emas mahu melintas jalan raya

Menerusi video yang dikongsi akaun TikTok bsptdungun, polis trafik tersebut dilihat segera menghampir warga emas yang sedang mencuba melintas jalan seorang diri.

Dia dengan pantas memimpin dan membantu pak cik berkenaan menyeberangi jalan dengan perlahan-lahan mengikut langkah warga emas terbabit.

image is not available

Polis trafik bantu warga emas, buka topi salam cium tangan

Berdasarkan kapsyen yang disertakan, polis trafik yang bertugas tersebut sedang menjalankan Ops Pemantauan lalu lintas di kawasan tersebut bersempena dengan perayaan Tahun Baru Cina.

“Semasa membuat OP Pematuhan Lalu lintas, ternampak seorang pakcik yang ingin melintas jalan.. Semoga pakcik diberikan kesihatan yang baik,” tulisnya.

image is not available

Adab tuan begitu tinggi

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata memuji tindakan pantas anggota polis trafik yang segera memberikan bantuan kepada warga emas terbabit.

Mereka juga kagum dengan layanan yang diberikan anggota itu kepada masyarakat apabila bersalaman dan mencium tangan pak cik berkenaan selepas menghantar warga emas berkenaan ke lokasi tujuan.

image is not available

Respect cara tuan hormat orang tua

image is not available

Perkara macam ni mahal!

image is not available

Semoga terus dilindungi Allah tuan

image is not available

 

Perkara tersebut sudah tentu menjadi inspirasi kepada orang ramai dan diharap lebih ramai anak muda yang tetap menyantuni orang yang lebih tua sama seperti melayani ibu bapa sendiri.

Sumber: TikTok bsptdungun