Polis Tahan Pemandu Lori Memandu Melawan Arus Sejauh 150 Km [Video]

LocalPolitics
1 Dec 2025 • 10:21 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu

Sebelum ini, tular satu video di media sosial memaparkan sebuah lori yang dipandu melawan arus di sebuah lebuh raya.

Menerusi video dashcam yang tular itu, awalnya kelihatan sebuah MPV polis dari arah bertentangan memberikan lampu tinggi untuk memberi amaran kepada pemilik dashcam supaya berhati-hati.

Kelihatan awalnya pemilik dashcam memandu di lorong kanan, tidak lama kemudian kelihatan sebuah lori yang dipandu secara melawan arus berada di lorong sama.

Pemilik dashcam segera bertukar ke lorong tengah dan kelihatan beberapa MPV polis berada di lorong kecemasan mengejar lori berkenaan.

View on Threads

Polis tahan pemandu lori memandu melawan arus

Terbaharu, polis telah bertindak menahan pemandu yang melawan arus sejauh 150 kilometer (km) berkenaan di Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung, semalam (30 November).

Pemandu berkenaan difahamkan memandu melawan arus kerana ingin melarikan diri sewaktu pemeriksaan dilakukan.

Jelas Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ibrahim Husin polis menerima panggilan daripada unit peronda pada jam 5.35 pagi yang memberitahu tentang sebuah lori tidak mahu berhenti sewaktu ditahan.

Pemandu lori lawan arus sejauh 150 km, cuba langgar kereta mpv polis

Katanya, pemandu lori berkenaan telah memandu keluar ke arah Lebuh Raya Utara-Selatan melalui Plaza Tol Bukit Beruntung.

“Pemandu tersebut telah memandu melawan arus sejauh 150km bermula dari Plaza Tol Bukit Beruntung sehingga Plaza Tol Sungai Buloh dan berpatah balik ke Plaza Tol Bukit Beruntung.

“Suspek juga memandu secara berbahaya serta cuba melanggar kenderaan unit peronda semasa pihak polis cuba memberhentikan lori tersebut,” ujarnya.

Pemandu lori positif dadah, lori turut dirampas oleh pihak polis

Menurut beliau lagi, pihak polis kemudiannya menahan seorang lelaki tempatan di Taman Bunga Raya Bukit Beruntung dan lori jenis Mitsubishi Fuso turut dirampas.

“Suspek berusia 40 tahun yang bekerja sebagai pemandu lori mempunyai dua rekod kesalahan melibatkan dadah dan satu kesalahaan jenayah.

“Ujian air kencing terhadap suspek didapati positif syabu ‘methamphetamin’.”

Suspek telah dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Kubu Baharu hari ini (1 Disember) jam 9 pagi tadi bagi permohonan reman.

Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan, Seksyen 185 Kanun Keseksaan dan 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.