Polis Tahan Pengasas Bersama Syarikat Penerbangan Bergelar Datuk

18 Oct 2023 • 8:39 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

‘Datuk’ tersebut telah pun ditahan

Polis Kini Tahan Pengasas Bersama Syarikat Penerbangan Bergelar Datuk. Pihak polis telah pun menahan seorang pengasas bersama dan pemegang saham sebuah syarikat penerbangan bergelar ‘Datuk’ serta isteri dan anak lelakinya semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata mereka ditahan bagi membantu siasatan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

image is not available
Polis Tahan Pengasas Bersama Syarikat Penerbangan Bergelar Datuk. SUmber: FMT

Pengasas bersama syarikat penerbangan itu direman hari ini

“Datuk berkenaan yang berusia 57 tahun bersama isteri, 55, dan anaknya, 26, ditahan di rumah mereka di Shah Alam pada 5.30 petang,” katanya kepada Bernama malam semalam.

Beliau berkata polis akan membuat permohonan reman hari ini.

Baca lagi artikel menarik: