Polis Tahan Robot, Didakwa Lakukan Gangguan Seksual Terhadap Remaja 16 Tahun

WorldTechnology
14 Oct 2026 • 3:56 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Polis Tahan Robot, Didakwa Lakukan Gangguan Seksual Terhadap Remaja 16 Tahun

Perkembangan teknologi yang semakin pesat bukan sahaja memudahkan kehidupan manusia, malah turut menimbulkan kebimbangan apabila disalahgunakan.

Baru-baru ini, tular di media sosial sebuah video memaparkan robot yang didakwa melakukan gangguan seksual terhadap remaja perempuan berusia 16 tahun di tempat awam.

Dalam rakaman itu, robot berwarna merah dan emas berkenaan dilihat menghampiri sekumpulan wanita sebelum didakwa menyentuh punggung remaja tersebut.

Susulan kejadian itu, pihak berkuasa Jerman membuka siasatan berhubung dakwaan gangguan seksual berkenaan.

Polis Tahan Robot Di German

Menurut polis, robot yang dikawal dua lelaki muda itu turut melakukan gerakan menujah ke arah mangsa sehingga mencetuskan siasatan pihak berkuasa.

Polis di bandar Cologne, Jerman Barat, menerima laporan kejadian yang berlaku malam Sabtu hingga Ahad lalu, membabitkan pemilik robot berusia 16 tahun.

Lelaki muda itu bersama rakannya berusia 19 tahun dipercayai merakam kejadian berkenaan, malah menyiarkan insiden tersebut secara langsung sambil memberikan ulasan dalam talian.

Jurucakap Polis Cologne, Christoph Bermel berkata, kedua-dua lelaki itu belum didakwa, namun mereka dianggap suspek sementara siasatan dijalankan.

Menurutnya, penyiasat turut meneliti sama ada pergerakan robot itu telah diprogramkan lebih awal atau dikawal secara langsung ketika kejadian berlaku.

Bermel mengakui pihak polis belum pernah berdepan kes seumpama itu sebelum ini, sekali gus menjadikannya pengalaman baharu dalam pengendalian siasatan.

“Kami tidak pernah mengetahui fenomena ini sebelum ini,” katanya sambil menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang baharu bagi pihaknya.

Dalam satu kenyataan pada Isnin, polis memaklumkan pasukan kecemasan yang tiba berhampiran sebuah restoran makanan segera menemukan robot itu di dalam but kereta.

Pihak berkuasa kemudian merampas robot berkenaan bersama telefon bimbit milik kedua-dua lelaki itu bagi membantu siasatan lanjut.

Polis Cologne menerusi Facebook turut berkongsi gambar robot berwarna merah dan emas itu yang kelihatan terbaring di atas tanah.

Baca juga:

Robot setinggi kira-kira 120 sentimeter itu memakai baju tanpa lengan putih, seluar sukan hitam, rantai emas dan cermin mata hitam.

Robot tersebut turut dilihat mempunyai misai palsu, manakala video yang tersebar dalam talian menunjukkan dua lelaki mengiringinya menghampiri sekumpulan wanita.

Rakaman itu memperlihatkan robot berkenaan melanggar seorang wanita sebelum memeluk beberapa wanita lain di sebuah jalan yang meriah pada waktu malam.

Image from: Polis Tahan Robot, Didakwa Lakukan Gangguan Seksual Terhadap Remaja 16 Tahun

Salah seorang lelaki kemudian berulang kali menjerit ke arah robot tersebut sebelum menariknya ke belakang selepas ia melakukan gerakan berunsur seksual.

Tindakan itu turut mengundang gelak ketawa individu di kawasan berkenaan, berdasarkan rakaman video yang tersebar dalam talian.

Menerusi hantaran Facebook pada Selasa, polis turut mengkritik komen tidak wajar mengenai kejadian tersebut serta mengingatkan orang ramai supaya tidak memperlekehkan mangsa.

Polis menegaskan bahawa penyebaran rakaman atau gurauan mengenai insiden seumpama itu boleh memburukkan lagi kesan yang terpaksa ditanggung oleh mangsa.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved