Penceramah motivasi direman semula

5 Oct 2026 • 4:22 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Penceramah motivasi direman semula

KANGAR: Seorang penceramah motivasi direman semula selama dua hari bermula hari ini selepas polis menerima satu lagi laporan baharu membabitkan kes gangguan seksual. 

Perintah tahanan reman sehingga esok itu dikeluarkan oleh Majistret Ana Rozana Mohd Nor di Kompleks Mahkamah Kangar, di sini, hari ini. 

Siasatan bagi kes terbaharu itu dijalankan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

Media sebelum ini melaporkan pendedahan mengejutkan beberapa wanita di media sosial yang mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual dan manipulasi penceramah itu.

Penceramah berkenaan didakwa menggunakan modus operandi dengan mendekati mangsa melalui aplikasi TikTok atas alasan urusan kerja atau pelajaran, sebelum bertindak berani mengajak mangsa menjadi ‘sugar baby’ dan mendaftar masuk ke hotel.

Ketua Polis negeri, Deputi Komisioner Hamzah Hashim sebelum ini mengesahkan menerima satu laporan berkaitan kes itu dan ia disiasat di bawah Seksyen 12 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. 

Jika sabit kesalahan pelaku boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun dan hukuman sebat. – UTUSAN

The post Penceramah motivasi direman semula appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved