Polis tahan sembilan warga China terlibat sindiket penipuan forex

LocalBusiness & Finance
25 Jun 2026 • 11:00 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Polis tahan sembilan warga China terlibat sindiket penipuan forex

KUALA LUMPUR, 25 JUN: Polis menahan sembilan lelaki warga asing kerana disyaki terlibat dalam kegiatan penipuan pelaburan pertukaran mata wang asing yang menyasarkan warga China dalam serbuan di sebuah kondominium mewah di Wangsa Maju pagi tadi.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata operasi yang dijalankan pasukan KL Police Strike Force pada 11 pagi itu bertujuan membanteras kegiatan jenayah komersial membabitkan pelaburan palsu.

"Tangkapan melibatkan sembilan lelaki warga China, turut ditahan seorang lelaki tempatan berperanan sebagai penghantar makanan. Semua yang ditahan berusia dalam lingkungan 30-an," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Polis turut merampas beberapa komputer riba dan telefon bimbit yang dipercayai digunakan sindiket untuk menjalankan kegiatan penipuan itu.

Fadil berkata siasatan awal mendapati sindiket berkenaan beroperasi di sebuah unit di tingkat 17 kondominium berkenaan sejak awal Mei dan menyasarkan pelabur dari China sebagai mangsa.

"Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti pemilik yang menyewakan kediaman berkenaan selain ejen atau dalang yang menguruskan kemasukan warga asing terbabit ke negara ini,” katanya.

Beliau menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengesan sebarang aktiviti mencurigakan di kawasan masing-masing supaya menghubungi Hotline Polis KL di talian 03-21159999 atau tampil ke balai polis berhampiran.

Sementara itu, tinjauan Bernama di lokasi serbuan mendapati satu daripada tiga bilik di kondominium itu diubah suai menjadi pusat panggilan yang dilengkapi dengan komputer riba dan pelbagai peralatan komunikasi.

-- BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved