Polis tahan suspek libas remaja perempuan guna objek tajam

21 Oct 2025 • 9:48 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 21 OKT: Polis menahan seorang lelaki berhubung kes seorang gadis cedera disyaki dilibas dengan objek tajam di Jalan Tangga Batu berhadapan Taman Tangga Batu Seksyen 1, Tanjung Kling, Melaka, petang semalam.

Suspek ditahan di sebuah rumah berdekatan tempat kejadian sekitar jam 10.30 malam tadi.

Difahamkan suspek berusia 20-an tahun itu akan dibawa ke Kompleks Mahkamah Ayer Keroh bagi permohonan reman pagi ini.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit ketika dihubungi mengesahkan penahanan suspek bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan, katanya dipetik Harian Metro.

Terdahulu media melaporkan seorang remaja perempuan cedera di pinggang dipercayai dilibas dengan objek tajam oleh lelaki tidak dikenali ketika membonceng motosikal di Jalan Tangga Batu berhadapan Taman Tangga Batu Seksyen 1, di sini, petang semalam.

Difahamkan, dalam kejadian 4.45 petang itu, mangsa berusia 19 tahun dalam perjalanan pulang ke rumah di Batu 9 Tangga Batu dengan membonceng motosikal yang ditunggang oleh kakak iparnya dan kedua-duanya bekerja di kilang sama.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved