Polis tahan tujuh individu guna duit palsu

LocalPolitics
17 Aug 2025 • 5:05 PM MYT
MYBERITA
MYBERITA

Segalanya yang terkini, terbaik dan tepat untuk anda semua

image is not available

LANGKAWI – Polis menahan lima lelaki dan dua wanita tempatan selepas disyaki menggunakan wang kertas RM100 palsu di beberapa premis sekitar daerah ini, pada Sabtu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Samsulmuddin Sulaiman berkata, semua suspek berusia antara 24 hingga 36 tahun itu ditahan susulan empat laporan polis yang diterima berkaitan penggunaan wang palsu di kawasan Pantai Chenang, Padang Matsirat dan Kuah.

Menurutnya, tangkapan dibuat hasil maklumat awam serta risikan sebelum kesemua suspek direman tiga hari sehingga esok bagi membantu siasatan.

“Hasil ujian air kencing mendapati semua suspek positif dadah, manakala sebahagian daripada mereka mempunyai rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 489B Kanun Keseksaan kerana menggunakan wang palsu, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta denda, jika sabit kesalahan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved