Polis tahan tujuh lelaki, rampas 100 bungkus air ketum di Rompin

4 Jan 2026 • 11:33 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

Tujuh lelaki ditahan polis di Rompin kerana memiliki dan memproses air ketum, dengan 100 bungkus disyaki untuk pasaran tempatan dirampas

ROMPIN: Polis menahan tujuh lelaki kerana disyaki memiliki air ketum di Kampung Sarang Tiong, Tanjung Gemok, semalam.

Ketua Polis Daerah Rompin Supt Sharif Shai Sharif Mondoi berkata kesemua suspek yang bekerja sendiri dan berusia antara 23 hingga 53 tahun itu ditahan pada pukul 2 petang.

“Semasa serbuan berkenaan mereka didapati sedang memproses dan minum air ketum,” katanya.

Sharif Shai berkata polis turut merampas 100 bungkus air ketum yang disyaki untuk dijual bagi pasaran tempatan.

Empat daripada tujuh suspek itu mempunyai rekod jenayah lampau.

Kesemua mereka kini ditahan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.