Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Tindakan seorang wanita yang sebelum ini tular kerana didakwa mengganggu ketenteraman awam dan mengasari pengunjung di sebuah pusat beli-belah di ibu negara akhirnya membawa padah apabila dia berjaya ditahan pihak berkuasa hari ini.
Suspek yang berusia 25 tahun itu ditahan oleh pihak polis di Bandar Sri Damansara kira-kira jam 5.40 petang.
Artikel berkaitan : “Sebelum itu puk*l orang lain” – Tular Video Wanita Dil*mpang Seorang Lelaki, Ini Rupanya Kisah Sebenar
Artikel berkaitan : Kes Pukul Dalam Kem Tentera Diklasifikasi Semula Sebagai Bunuh
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Ahmad Azwan Amin Nordin mengesahkan tangkapan tersebut bagi membantu siasatan berhubung insiden kekecohan yang berlaku baru-baru ini.

“Polis telah menahan seorang wanita tempatan bagi membantu siasatan kes melibatkan gangguan terhadap pengunjung dan pelanggan di sebuah pusat beli-belah, yang dilaporkan pada 1 November.”
“Wanita tersebut mengaku terlibat dalam insiden berkenaan semasa disoal siasat oleh pihak penyiasat,” katanya dalam satu kenyataan media.
Terdahulu, pihak polis giat mengesan wanita berkenaan selepas menerima tiga laporan berasingan membabitkan tindakannya yang didakwa menolak serta mencederakan para pengunjung di pusat beli-belah terbabit.
Bukan itu sahaja, polis turut menerima satu lagi laporan berhubung insiden pada hari yang sama, di mana wanita tersebut didakwa bertindak menolak dan memukul dua orang anaknya sendiri.
Sumber : NST Online
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.



