“Polis tak akan tolak ansur” – Perak Larang Jual & Guna Minuman Keras Di Lokasi Sambutan Thaipusam

Entertainment
7 Feb 2025 • 12:52 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kerajaan Perak telah melarang penjualan dan penggunaan minuman keras di semua lokasi perarakan pedati semasa sambutan Thaipusam di Kuil Sri Subramaniar di Gunung Cheroh, Ipoh dari 10 hingga 12 Februari.

Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak, A. Sivanesan berkata, larangan itu julung kali dilaksanakan susulan aduan dalam kalangan penganut dan pengunjung semasa sambutan di lokasi itu.

Sebelum ini, ada aduan berlaku aktiviti jualan dan minum arak ketika perarakan pedati terutama waktu malam, cuma tiada tindakan tegas diambil.

“Jadi kali ini, jika berlaku (penjualan dan minum), polis tidak akan tolak ansur, mereka akan ditangkap terus dan dibawa ke mahkamah,” katanya.

image is not available

350,000 orang dijangka menghadiri sambutan perayaan di kuil berkenaan yang merupakan antara lokasi tumpuan para penganut agama Hindu di negara ini, kata Sivanesan.

Bagi memastikan kelancaran sambutan perayaan itu, 400 anggota polis akan berada di sekitar lokasi sambil dibantu beberapa agensi lain yang terlibat secara langsung sepanjang tiga hari perayaan berlangsung,” katanya lagi.

Selain itu, beliau juga meminta mana-mana individu yang berminat membuka gerai jualan berdekatan kuil berkenaan supaya membuat permohonan kepada Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) selewat-lewatnya 8 Feb ini.

Sumber: Astro AWANI

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.