Polis tangkap dua lelaki, rampas 40 tan beras putih seludup

18 Mar 2025 • 3:35 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

ALOR SETAR, 18 MAC: Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menahan dua lelaki yang membawa 40 tan beras putih dipercayai diseludup dari negara jiran di Jitra, Ahad lepas.

Komander Briged Utara PGA SAC Shahrum Hashim berkata dua lelaki tempatan itu ditahan pada 4 petang oleh sepasukan anggota daripada Cawangan Risik Ibu Pejabat Risik Briged Utara PGA yang menjalankan operasi penguatkuasaan kawal selia padi dan beras.

“Dua lelaki itu membawa muatan 40 tan beras putih menggunakan lori itu disyaki diseludup masuk dari negara jiran melalui Rantau Panjang, Kelantan dan dibawa ke kawasan sebelah Utara untuk dipasarkan.

“Nilai beras yang dirampas berjumlah RM160,000 dan turut dirampas lori bernilai RM350,000. Kes disiasat di bawah Seksyen 7(2) Akta 522 Akta Kawal Selia Padi dan Beras 1994,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata Briged Utara PGA giat melakukan pengawasan dan rondaan di sekitar Perak, Pulau Pinang dan Kedah bagi mengekang pelbagai aktiviti menyalahi undang-undang.

“Bridge Utara PGA akan terus komited dan konsisten dalam menggerakkan tindakan penguatkuasaan dan tidak akan sesekali berkompromi dalam menguatkuasakan undang-undang khususnya melibatkan penyelewengan barang keperluan harian.

“Orang ramai juga diseru supaya menjadi mata dan telinga bagi menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa berhubung aktiviti yang menyalahi undang-undang,” katanya.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved