Polis tangkap lelaki positif dadah conteng jambatan

LocalPolitics
3 Nov 2024 • 4:44 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Laluan Jambatan Besi Kereta Api Kampung Bahagia di sini yang diconteng suspek sebelum diberkas polis pada malam Sabtu.

TELUK INTAN - Tindakan seorang lelaki menconteng laluan di Jambatan Besi Kereta Api Kampung Bahagia di sini mengundang padah apabila diberkas polis pada malam Sabtu.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, pihaknya menerima laporan mengenai perbuatan menconteng dengan corak tertentu di lokasi kejadian lebih kurang jam 10 malam.

Menurutnya, susulan itu Unit Rondaan Bermotosikal bergegas ke lokasi kejadian dan berjaya menangkap suspek.

"Tangkapan dibuat ketika suspek merupakan seorang lelaki berusia 44 tahun sedang melakukan perbuatan tersebut. Sebanyak empat tong cat pelbagai warna turut dirampas.

"Hasil soal siasat awal, suspek mengaku terlibat dalam kes ini dan hasil saringan juga mendapati suspek positif ganja," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Ahmad Adnan berkata, suspek yang merupakan penganggur itu juga mempunyai lapan rekod jenayah lampau dari tahun 2021 hingga 2022.

Menurutnya, suspek ditahan reman selama tiga hari sehingga 6 November bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Jelasnya, jika sabit kesalahan suspek boleh dikenakan penjara antara satu hingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Dalam pada itu, Ahmad Adnan menasihati orang ramai agar tidak melakukan perbuatan khianat harta benda awam.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved