Polis temui kabel curi dalam SUV terbabit kemalangan di Gerik

LocalPolitics
13 Aug 2025 • 4:10 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

GERIK: Polis menemukan kabel dipercayai dicuri dalam sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 29 Jalan Gerik-Kupang, dekat Gerik semalam.

Ketua Polis Daerah Gerik Supt Abdul Samad Othman berkata pihaknya menerima maklumat kira-kira 8.28 pagi semalam berhubung sebuah Perodua Aruz dipercayai terbabas serta melanggar tembok jalan sehingga terbalik.

“Pemeriksaan di lokasi kejadian mendapati tiada pemandu atau penumpang berada di dalam kenderaan berkenaan.”

“Bagaimanapun, pemeriksaan lanjut menemukan beberapa kabel yang telah dipotong serta beberapa peralatan dipercayai digunakan untuk mencuri kabel,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan diminta tampil membantu pihak polis.

“Pihak klinik dan hospital juga dimohon melaporkan kepada pihak polis sekiranya terdapat individu yang mengalami kecederaan mencurigakan hadir mendapatkan rawatan,“ katanya. - Bernama