
KOTA BELUD: Seorang lelaki warga emas maut selepas motosikal ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori 10-tan dalam kemalangan di Jalan Kudat Bypass Kota Belud berhampiran lampu isyarat Lebak Moyoh di sini, pagi Selasa.
Dalam nahas kira-kira 8 pagi itu, mangsa berusia 63 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah. Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superintendan Shahrudin Mat Husain berkata, siasatan awal di lokasi kejadian mendapati lori yang dipandu lelaki berusia 60 tahun sedang melalui susur jalan di bahagian kiri menghala ke kanan.
“Lori 10 tan itu kemudiannya bergesel dengan sebuah motosikal di hadapannya yang ditunggang mangsa.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Akibat insiden berkenaan, penunggang motosikal cedera parah di bahagian badan dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Kota Belud yang tiba di lokasi kejadian,” katanya.
Menurut Shahrudin, mayat mangsa seterusnya dihantar ke Unit Forensik, Hospital Kota Belud untuk tindakan lanjut.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
“Orang awam diminta tidak membuat sebarang spekulasi dan tampil ke balai polis berhampiran sekiranya terdapat maklumat berkaitan,” ujarnya.
Sehubungan itu, Shahrudin menasihatkan pengguna jalan raya agar sentiasa berhati-hati ketika memandu dan menatuhi undang-undang jalan raya selain memastikan kenderaan dalam keadaan baik sebelum memulakan perjalanan.

![[VIDEO] Warga emas maut dipercayai mangsa hutang along Singapura](https://cdn.newswav.com/img/topic/politics.jpeg)
