Polis Temui Telefon Bimbit Dipercayai Milik Nur Farah Kartini Dekat Tali Air

17 Jul 2024 • 1:08 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pasukan Unit Skuba dan Sub-Akuatik Forensik PDRM berjaya menemui sebuah telefon pintar yang dipercayai milik mangsa, Nur Farah Kartini Abdullah, 25, dalam tali air yang terletak di jalan Sri Kledang, Felda Gedangsa sebentar tadi.

Ia ditemui kira-kira dalam jam 12.21 tengahari selepas hampir sejam penyelam menjalankan pencarian di sekitar kawasan tali air berkenaan.

Dalam pada itu, suspek kemudiannya dilihat dibawa keluar dari sebuah kenderaan polis bagi membuat pengecaman telefon pintar berkenaan.

image is not available

Sumber Buletin TV3 melaporkan bahawa, operasi pencarian masih diteruskan di sekitar kawasan kejadian dibantu anggota Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu.

Operasi pencarian bahan bukti di sekitar lokasi dijalankan anggota dari Unit Forensik PDRM sejak jam 10 pagi tadi.

Difahamkan, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussien Omar Khan dijangka tiba di lokasi pencarian dalam masa terdekat bagi mengadakan sidang media.

Sumber : Buletin TV3

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.