Polis Terengganu tawar diskaun 50% saman trafik sempena Himpunan RXZ 7.0

LocalPolitics
21 Aug 2025 • 10:20 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Potongan bayaran saman trafik sebanyak 50 peritus ditawarkan bersempena Program Himpunan RXZ Members 7.0 yang akan berlangsung di Litar Permotoran Terengganu, Sabtu ini.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Khairi Khairuddin berkata, orang ramai yang mempunyai saman boleh membuat bayaran di kaunter bergerak yang dibuka di lokasi program bermula jam 9 pagi hingga 4 petang.

Beliau menjelaskan, tawaran diskaun tersebut hanya melibatkan semua jenis saman trafik kecuali bagi 10 kategori tertentu.

“Antara saman yang tidak layak mendapat potongan ialah saman berkaitan kemalangan, saman tidak boleh dikompaun (N/C), saman Op Selamat, kes yang sedang dalam perbicaraan mahkamah serta kesalahan melibatkan kenderaan berat.

“Selain itu, saman kesalahan memotong secara berbahaya (potong Q), menggunakan lorong kecemasan, melanggar lampu isyarat merah, pengubahsuaian ekzos serta memotong di garisan berkembar juga tidak diberikan diskaun,” katanya.

Sehubungan itu, Mohd Khairi menggesa pemilik saman trafik selain daripada 10 kategori terbabit untuk merebut peluang membuat bayaran pada hari program berlangsung.

image is not available

Baca juga:

Terdahulu, polis Terengganu memaklumkan sebanyak 600 pegawai dan anggota akan digerakkan ke lokasi strategik di sekitar Litar Permotoran Terengganu, Gong Badak, Kuala Nerus, tempat berlangsungnya acara pada 22 hingga 23 Ogos ini.

Polis juga memberi jaminan aspek keselamatan dan kelancaran lalu lintas terkawal sepanjang penganjuran program RX-Z Member 7.0 / 2025, yang dijangka menarik kehadiran lebih 100,000 penunggang motosikal RX-Z dari seluruh negara.