Polis terima empat laporan, lelaki cetus provokasi Hari Kebangaaan perlu beri keterangan

LocalPolitics
1 Sep 2026 • 9:16 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Polis terima empat laporan, lelaki cetus provokasi Hari Kebangaaan perlu beri keterangan

PUTRAJAYA: Polis meminta seorang lelaki yang dipercayai mencetuskan provokasi sehingga berlaku insiden tolak-menolak pada sambutan Hari Kebangsaan di Dataran Putrajaya semalam tampil bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed berkata, ia berikutan pihaknya telah menerima empat laporan berkaitan kejadian provokasi yang dipercayai berlaku pada pukul 5 pagi di Dataran Putrajaya ketika sambutan kemerdekaan.

“Pihak polis telah mengesan video dimuat naik di Facebook pemilik akaun bernama Anwar Captain Goose yang memaparkan seorang lelaki Melayu berbaju coklat dipercayai telah membuat provokasi.

“Dia juga telah merempuh dan menolak orang awam yang sedang menunggu pembukaan pagar tempat duduk sehingga berlaku tolak-menolak dan beberapa individu terjatuh,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, kes akan disiasat di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan selain Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

Katanya, polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian untuk tampil membantu siasatan. – UTUSAN

The post Polis terima empat laporan, lelaki cetus provokasi Hari Kebangaaan perlu beri keterangan appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved