Polis terima laporan dakwaan remaja 14 tahun dicabul

LocalFamily & Parenting
2 Oct 2026 • 2:06 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Polis terima laporan dakwaan remaja 14 tahun dicabul
Polis mengesahkan menerima laporan berhubung kes amang seksual membabitkan seorang lelaki warga tempatan terhadap seorang remaja lelaki berusia 14 tahun. Foto hiasan

KUALA LUMPUR - Polis mengesahkan menerima laporan berhubung kes amang seksual membabitkan seorang lelaki warga tempatan terhadap seorang remaja lelaki berusia 14 tahun di sebuah rumah di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Mulia, Cheras di sini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintenden Lim Chun How berkata, laporan berhubung kejadian itu dibuat oleh ibu mangsa pada 29 September lalu.

"Kes berkenaan membabitkan dakwaan perbuatan cabul terhadap anaknya oleh seorang lelaki warga tempatan berusia lingkungan 40-an.

"Kes berkenaan disiasat Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved