Dua minggu ‘intip’ rumah sebelum samun warga emas

2 Oct 2026 • 7:26 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Dua minggu ‘intip’ rumah sebelum samun warga emas

GURUN – Seorang wanita warga emas kerugian kira-kira RM23,000 selepas disamun seorang lelaki bersenjatakan objek menyerupai pistol di rumahnya di Taman Seri Jerai 2, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.20 pagi itu, mangsa berusia 67 tahun sedang bersendirian di rumah sebelum suspek masuk ke kediamannya.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, suspek kemudian menunjukkan objek menyerupai pistol sebelum meragut seutas rantai emas dan dua gelang emas yang dipakai mangsa.

“Selepas itu, suspek melarikan diri menaiki sebuah kereta berwarna merah yang tidak diketahui jenisnya,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, mangsa mengalami lebam pada kedua-dua pergelangan tangannya akibat kejadian tersebut.

Hanyan berkata, hasil siasatan membawa kepada penahanan seorang lelaki berusia 41 tahun di sebuah rumah di Taman Permai Utama, di sini kira-kira pukul 11.15 malam semalam.

“Siasatan awal mendapati suspek dipercayai telah memerhatikan pergerakan di rumah mangsa selama kira-kira dua minggu sebelum kejadian.

“Pada hari kejadian, suspek dikatakan masuk ke dalam rumah itu setelah melihat suami mangsa keluar dari rumah,” ujarnya.

Tambahnya, suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan kes disiasat mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

The post Dua minggu ‘intip’ rumah sebelum samun warga emas appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved