Polis terima satu lagi laporan kenderaan dilanggar berhampiran Stesen LRT Glenmarie

27 Jun 2025 • 4:31 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Polis masih mengesan lori yang melanggar beberapa kenderaan yang diparkir di tepi jalan berhampiran Stesen LRT Glenmarie. Foto tular pengguna media sosial

SHAH ALAM - Polis menerima satu lagi laporan berhubung kejadian beberapa kenderaan yang diparkir di tepi jalan berhampiran Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Glenmarie di sini dilanggar sebuah lori pada petang Rabu lepas.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, setakat ini lapan laporan diterima pihaknya berhubung insiden itu.

"Kita masih mengesan lori yang terlibat dalam insiden berkenaan," katanya dalam kenyataan ringkas menerusi WhatsApp pada Jumaat.

Pada Khamis, Mohd Iqbal dilaporkan berkata, kejadian kira-kira 2.10 petang itu berlaku apabila pemilik beberapa kenderaan meletakkan kenderaan mereka di tepi jalan untuk menggunakan perkhidmatan LRT ke tempat kerja.

Kes berkenaan disiasat di bawah Kaedah 10 Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 1959. - Bernama

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved