Polis Terima Satu Lagi Laporan Kenderaan Dilanggar Berhampiran Stesen LRT Glenmarie

27 Jun 2025 • 9:20 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Polis Terima Satu Lagi Laporan Kenderaan Dilanggar Berhampiran Stesen LRT Glenmarie

SHAH ALAM, 27 Jun (Bernama) — Polis menerima satu lagi laporan berhubung kejadian beberapa kenderaan yang diparkir di tepi jalan berhampiran Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Glenmarie di sini dilanggar sebuah lori pada petang Rabu lepas.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata setakat ini lapan laporan diterima pihaknya berhubung insiden itu.

“Kita masih mengesan lori yang terlibat dalam insiden berkenaan,” katanya dalam kenyataan ringkas menerusi WhatsApp hari ini.

Semalam, Mohd Iqbal dilaporkan berkata kejadian kira-kira 2.10 petang itu berlaku apabila pemilik beberapa kenderaan meletakkan kenderaan mereka di tepi jalan untuk menggunakan perkhidmatan LRT ke tempat kerja.

Kes berkenaan disiasat di bawah Kaedah 10 Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.

Sumber: BERNAMA