Polis tidak tolak kaitan kongsi gelap kes tembakan di Bidor

2 Oct 2026 • 11:34 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Polis tidak tolak kaitan kongsi gelap kes tembakan di Bidor

TELUK INTAN – Polis tidak menolak elemen berkaitan kumpulan kongsi gelap yang menjadi punca kes seorang ahli perniagaan ditembak di sebuah stesen minyak di Bidor pada Selasa lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Alwi Zainal Abidin berkata, pihaknya akan mengkaji setiap keterangan 10 saksi termasuk mangsa.

“Kita akan menjurus pada beberapa perkara lah bagi meneliti motif kes ini atau pun kejadian ini berlaku. Belum ada penangkapan. Kita tak menolak kemungkinan (kaitan kes tembak dengan kumpulan kongsi gelap) dan akan membuat siasatan sebelum membuat kesimpulan,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak di sini hari ini.

Terdahulu, media melaporkan, seorang lelaki cedera di bahu kiri akibat terkena satu das tembakan ketika kenderaannya berhenti di sebuah stesen untuk mengisi minyak.

Siasatan awal polis mendapati, sebuah Honda City berwarna hitam datang dari arah Bidor telah berhenti di hadapan kenderaan mangsa sebelum dua lelaki bersenjata api keluar dan melepaskan beberapa das tembakan ke arahnya.

Pemeriksaan di lokasi kejadian menemukan satu peluru 9 milimeter (mm) jenis Luger, empat kelongsong peluru serta serpihan anak peluru. – KOSMO! ONLINE

The post Polis tidak tolak kaitan kongsi gelap kes tembakan di Bidor appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved