Remaja 14 tahun ‘disentuh’ lelaki di PPR

2 Oct 2026 • 4:31 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Remaja 14 tahun ‘disentuh’ lelaki di PPR

KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan menerima laporan berhubung kes remaja lelaki berusia 14 tahun yang disyaki dicabul lelaki tempatan di sebuah rumah di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Mulia, Cheras di sini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintendan Lum Chun How berkata, laporan tersebut telah dibuat oleh ibu mangsa pada Selasa lalu.

“Kejadian tersebut didakwa melibatkan seorang lelaki tempatan berusia 40 tahun di sebuah rumah, di sini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, kes disiasat oleh Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur. – KOSMO! ONLINE

The post Remaja 14 tahun ‘disentuh’ lelaki di PPR appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved