Polis trafik dipuji netizen, sanggup berkaki ayam demi bersihkan longkang tersumbat

2 Aug 2024 • 2:27 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Polis trafik

Beberapa anggota polis trafik berjaya raih perhatian ramai apabila membersihkan longkang tersumbat yang menyebabkan air bertakung di tepi lebuh raya.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna di laman TikToknya, kelihatan beberapa anggota polis trafik tanpa memakai kasut berani membahayakan diri membuang sampah tersumbat di dalam longkang dan terlihat beberapa kenderaan yang turut lalu di lebuh raya terbabit.

Polis trafik

@erywahab

Polis sedia berkhidmat!!!

♬ Yang Penting Halal – Wali

Dalam video tersebut, dapat dilihat kesemua anggota itu bertindak melakukan kerja-kerja pembersihan dengan mengeluarkan benda yang menyekat pengaliran air di longkang berkenaan.

Hasilnya, air yang bertakung dapat mengalir dengan baik selepas sampah yang tersumbat berjaya dikeluarkan.

Polis trafik

image is not available

image is not available

Terima kasih orang baik!

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan ucapan terima kasih kepada anggota trafik diatas jasa dan prihatin mereka walaupun itu bukan tugas sebenar polis.

image is not available image is not available

Pihak bertanggungjawab perlu cakna!

Pun begitu, ada segelintir individu meminta pihak yang sepatutnya bertanggungjawab atas masalah tersebut bagi menggelakkan sebarang masalah berlaku kepada pengguna jalan raya.

image is not available image is not available image is not available

Sumber: TikTok @Ery Wahab