Sanggup Kutip Sampah Tepi Jalan, Sikap Polis Trafik Patut Dijadikan Teladan

2 Aug 2024 • 3:39 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Baru-baru ini tular satu video yang menunjukkan beberapa anggota polis trafik sedang membersihkan longkang yang tersumbat di tepi lebuh raya.

Video yang dikongsi oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @erywahab telah mendapat pujian warga maya.

@erywahab

Polis sedia berkhidmat!!!

♬ Yang Penting Halal – Wali

Menerusi video itu, kelihatan beberapa anggota trafik sedang mengutip sampah pada longkang tersebut yang menjadi punca air bertakung.

Selepas kerja pembersihan selesai, air yang tadinya bertakung di tepi lebuh raya itu kini sudah boleh mengalir dengan lancar.

Pelbagai reaksi yang ditunjukkan oleh netizen di ruangan komen, kebanyakannya menyatakan ucapan terima kasih atas kerja baik yang dilakukan. Ada juga meminta pihak yang sepatutnya perlu bertanggungjawab atas masalah berikut.

image is not available

image is not available

Di ruangan komen juga Ery Wahab menulis bahawa dia dan pihak polis trafik, tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak atas kejadian yang berlaku itu.

image is not available

Katanya, memandangkan polis trafik juga menghabiskan banyak masa di jalan raya mereka sentiasa bersedia untuk membantu, supaya dapat memudahkan orang awam.

image is not available

Jap!