Polis tumpas sindiket seludup diesel, 16 individu ditahan

30 Jan 2024 • 10:15 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

KUALA LUMPUR, 30 JAN: Polis Diraja Malaysia (PDRM) melumpuhkan sindiket penyeludupan minyak diesel bersubsidi, selepas menahan tiga lelaki tempatan dan 13 kru kapal warga asing di Pelabuhan Johor, Pasir Gudang, Johor pada Khamis lepas.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Seri Hazani Ghazali berkata serbuan yang dilakukan pihaknya bersama Unit Risikan Marin, Pasukan Polis Marin Wilayah Dua itu, berjaya merampas 138,270 liter diesel bersubsidi.

Beliau berkata turut dirampas antaranya sebuah lori tangki minyak, sebuah kapal kargo minyak, dua pam flow meter, dua pam minyak, dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM20.6 juta.

“PDRM sentiasa komited untuk bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, dalam memerangi penyelewengan barangan kawalan dan bersubsidi bagi memastikan hasil negara sentiasa dilindungi daripada ketirisan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hazani berkata kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1974 dan Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63.

— BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved