Sindiket seludup PTI tumpas

30 Jan 2024 • 2:13 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah menumpaskan kegiatan sebuah sindiket penyeludupan pendatang tanpa izin (PTI) – khususnya dari Filipina – ke negeri ini dalam satu operasi di Penampang, dekat sini, sejak Jumaat lepas.

Pengarahnya Datuk SH Sitti Saleha Habib Yusoff berkata kumpulan itu yang dipercayai aktif sejak 2021 menjalankan aktiviti mereka dengan menggunakan Pulau Bakungan di Filipina sebagai transit, dengan bayaran antara RM1,500 dan RM2,500 seorang.

“Ia menggunakan Palau Bakungan Besar di luar Filipina sebagai transit sebelum memasuki Negeri ini, yang mengambil masa 50 minit perjalanan menaiki bot dari sana ke Sandakan,” katanya pada sidang media di sini, Isnin.

Sitti Saleha berkata, empat warga tempatan dan 11 warga asing ditahan dalam operasi itu.

SPONSORED CONTENT Mengalum for world’s first net ­zero carbon island resort Taiwan’s Sinyi Group is on track to unveil the world’s first unique net zero carbon island resort on Mengalum Island. . Read more “Empat warga tempatan iaitu dua lelaki dan dua wanita berusia 25 hingga 56 tahun merupakan dalang kepada sindiket berkenaan.

“Dalam operasi Jumaat, pemeriksaan dijalankan ke atas sebuah kenderaan pacuan empat roda yang dipandu seorang lelaki tempatan berusia 26 tahun yang membawa sembilan individu, termasuk seorang kanak-kanak, dari Sandakan menuju ke Kota Kinabalu.

“Siasatan lanjut oleh pasukan risikan membawa kepada pengecaman sebuah rumah di Penampang yang dipercayai digunakan sebagai ‘rumah transit’ pendatang tanpa izin sebelum berpindah ke lokasi lain.

“Pemeriksaan dilakukan ke atas rumah itu pada hari berikutnya yang membawa kepada penahanan tujuh pendatang tanpa izin,” katanya.

Susulan operasi itu, Sitti Saleha berkata 11 pendatang tanpa izin terdiri daripada lima lelaki, tiga wanita dan tiga kanak-kanak berusia antara lapan bulan dan 47 tahun.

Antara kesalahan yang dilakukan termasuk gagal memiliki dokumen pengenalan diri yang sah dan membenarkan PTI masuk dan tinggal di premis, serta penyeludupan PTI.

“Operasi penguatkuasaan akan dilaksanakan secara berterusan bagi mengesan, menangkap dan mendakwa serta menghantar pulang warga asing yang telah melanggar peruntukan undang-undang negara yang ditetapkan di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 berserta Akta Antipemerdangan orang, dan Antipenyeludupan Migran 2007.

“Orang ramai serta majikan diingatkan supaya tidak melindungi pendatang tanpa izin, atau hadapi akibat undang-undang yang serius.

“Mereka yang mempunyai maklumat mengenai pendatang tanpa izin perlu memainkan peranan mereka dan menyalurkan laporan berkaitan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut,” katanya.

Beliau juga berkata siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengenal pasti anggota lain yang dipercayai mempunyai kaitan dengan sindiket dan aktiviti penyeludupan pendatang.

Sementara itu, Sitti Saleha berkata JIM Sabah telah melaksanakan 1,463 operasi di seluruh Sabah, dengan sebanyak 30,918 orang telah diperiksa dan 4,108 ditahan serta 22 majikan didakwa atas pelbagai kesalahan.

“Proses penghantaran berkenaan dilaksanakan sebanyak 83 kali iaitu 41 kategori laut (laluan laut) dan 42 kategori udara.

“Secara keseluruhan, Jabatan melaksanakan penghantaran pulang 8,678 pendatang tanpa izin ke negara asal mereka sepanjang tahun lepas.

“Program penghantaran pulang ini dilakukan secara konsisten sekurang-kurangnya dua kali sebulan.

“Untuk tahun ini kita telah menghantar pulang sebanyak 1,529 pendatang sehingga 25 Jan lepas,” katanya.

Ditanya mengenai kesesakan di depoh tahanan Imigresen di Sabah, SH Sitti Saleha berkata masalah berkenaan tidak lagi berlaku dan situasi itu ketika negara dilanda pandemik Covid-19.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.