Polis tumpaskan cubaan seludup orkid bernilai RM145,000

LocalPolitics
15 Nov 2024 • 4:27 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KOTA BHARU: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara menggagalkan cubaan menyeludup pokok hiasan jenis orkid bernilai RM145,000 selepas menahan sebuah lori di sekatan jalan raya dekat Chang Empat Salam, Pasir Mas, semalam.

Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata seorang lelaki berusia 33 tahun disyaki penghantara barangan berkenaan ditahan oleh sepasukan anggota Batalion 9 dalam Op Taring Wawasan pada 12.45 tengah hari.

“Tangkapan dan rampasan dilakukan apabila menahan sebuah lori jenis Daihatsu yang dipandu seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan.

“Hasil pemeriksaan lanjut menemui lebih 540 pohon pokok hiasan jenis orkid yang dipercayai diseludup dari Thailand tanpa dokumen yang sah untuk pasaran tempatan,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Akta Kuarantin Tumbuhan 1976.