Polis tumpaskan cubaan seludup orkid bernilai RM145,000

15 Nov 2024 • 11:29 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

KOTA BHARU, 15 NOV: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara menggagalkan cubaan menyeludup pokok hiasan jenis orkid bernilai RM145,000 selepas menahan sebuah lori di sekatan jalan raya dekat Chang Empat Salam, Pasir Mas, semalam.

Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata seorang lelaki berusia 33 tahun disyaki penghantar barangan berkenaan ditahan oleh sepasukan anggota Batalion 9 dalam Op Taring Wawasan pada 12.45 tengah hari.

“Tangkapan dan rampasan dilakukan apabila menahan sebuah lori jenis Daihatsu yang dipandu seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan.

“Hasil pemeriksaan lanjut menemui lebih 540 pohon pokok hiasan jenis orkid yang dipercayai diseludup dari Thailand tanpa dokumen yang sah untuk pasaran tempatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Akta Kuarantin Tumbuhan 1976.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved