Polis tunggu keputusan AGC berhubung kes ADUN cederakan isteri

LocalPolitics
18 Nov 2026 • 4:44 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Polis tunggu keputusan AGC berhubung kes ADUN cederakan isteri

GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang masih menunggu keputusan rasmi serta arahan lanjut daripada Jabatan Peguam Negara (AGC) berhubung kes dakwaan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri ini mencederakan isterinya.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Dennis Lim Kwang Keng ketika dihubungi juga enggan mengulas lanjut mengenai perkembangan terkini kes berkenaan.

”Masih tugggu keputusan rasmi daripada AGC,” katanya di sini hari ini.

Kes berkenaan melibatkan laporan polis yang dibuat oleh seorang wanita berusia 36 tahun pada 31 Oktober lalu, yang mendakwa dicederakan suaminya di kediaman mereka di negeri ini.

Polis sebelum ini membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan berhubung dakwaan sengaja menyebabkan kecederaan.

Dalam perkembangan awal siasatan, polis telah merakam keterangan empat individu termasuk pasangan suami isteri berkenaan serta ahli keluarga mereka bagi membantu siasatan.

Setakat ini, tiada tangkapan dibuat berhubung kes berkenaan, sementara pihak polis menunggu keputusan dan arahan lanjut daripada pihak pendakwaan. – UTUSAN

The post Polis tunggu keputusan AGC berhubung kes ADUN cederakan isteri appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved