Popular Di Serata Dunia, ‘Queen Of Tears’ Bakal Hasilkan Musim Kedua?

WorldEntertainment
12 Aug 2024 • 1:27 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Boleh dikatakan “Queen Of Tears” mungkin merupakan antara K-Drama terbaik tahun ini, setuju tak?

Mungkin disebabkan populariti yang tak dijangka dek keserasian hebat antara Kim Ji-won dan Kim Soohyun, ramai yang berharap agar kedua-dua pelakon itu bersatu lagi dalam drama yang lain.

Khabarnya tvN sedang dalam perbincangan untuk menghasilkan musim kedua untuk drama itu kerana sambutan hebat dari peminat K-Drama di seluruh dunia.

Bagi yang tidak mengetahui, ia membawa kisah onak duri pasangan berumah tangga dan bagaimana mereka menanganinya.

Walau bagaimanapun, belum ada perancangan sahih mengenai berita ini. Sama-sama kita nantikan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved