“Tak Pernah Terfikir..” – Kim Soohyun Akui Tak Sangka ‘Queen Of Tears’ Akan Popular

Entertainment
23 Jul 2024 • 11:26 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Baru-baru ini, Kim Soo-hyun telah muncul sebagai tetamu dalam rancangan bual bicara Jepun “Tetsuko’s Room”.

Dalam siaran itu, Kim Soo-hyun berkongsi perasaan terujanya dengan berkata,

Saya sangat teruja berada di sini sekarang. Saya berpeluang untuk muncul dalam rancangan ini selepas menyelesaikan projek menakjubkan iaitu ‘Queen of Tears’.

Apabila ditanya sama ada dia menjangkakan “Queen of Tears” akan menjadi hit, lelaki itu mengaku,

Sukar untuk meramal sama ada sesuatu projek akan menjadi hit sebelum ia disiarkan. Saya tak pernah terfikir seperti itu tentang mana-mana projek yang saya pernah buat sebelum ini.

image is not available

Sambungnya lagi,

Tetapi kerana ia adalah kisah yang menggabungkan cinta antara dua orang dan kehidupan sebuah keluarga, saya fikir ramai orang akan rasa terkait dengannya.

Untuk pengetahuan, “Queen of Tears” telah berjaya mencatat rating tertinggi di tvN mencecah 24.8%, memecahkan rekod “Crash Landing On You”.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.