Populariti Melonjak Naik, Muaz Zabir Dedah Sebab Berdiam Diri

Entertainment
6 Jun 2024 • 3:57 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Selepas terpalit dengan kontroversi bersama pelakon dan penyanyi, Bella Astillah, populariti Muaz Zabir semakin melonjak naik di dalam industri.

Menerusi temubual bersama mStar, Muaz berkata isu bersama Bella Astillah sedikit sebanyak telah menaikkan namanya di dalam industri.

Dia juga meluahkan rasa kesal kerana dikenali dengan perkara begini dan tidak menganggap ia sebagai jalan pintas untuk popular.

Jadi, saya nak elakkan kontroversi ini jadi keruh, lebih baik saya diamkan diri.

Saya takut dengan kontroversi ini sebab banyak produksi yang tidak akan ambil pelakon bermasalah atau terbabit dengan kontroversi.

Tambahnya, dia juga bersyukur kerana tiada jenama yang membatalkan kontrak untuk berkolaborasi namun ada sesetengah yang menunda projek berhubung kontroversi itu.

Alhamdulillah mak dah okay, kita pun dah bercakap macam biasa. Semuanya kembali normal.

Oh sebab itulah Muaz diamkan diri walaupun terjebak dalam kontroversi. Apapun dia dah belajar dari kesilapan dan semoga namanya makin dikenali ramai.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved