
Populasi Rakyat China Menyusut
Populasi rakyat China dilapor merosot pada tahun lepas buat pertama kalinya sejak 1961 dan merupakan sejarah baharu yang akan menandakan permulaan tempoh kemerosotan yang panjang, lapor CNA.
Kemerosotan populasi rakyat negara itu kini menyaksikan India menjadi negara yang mempunyai populasi paling ramai di dunia pada 2023.
Pada tahun lalu, populasi China sebanyak 1.41175 bilion orang pada akhir 2022 berbanding 1.41260 bilion setahun sebelumnya, kata Biro Perangkaan Kebangsaan China.
Kadar kelahiran pada tahun lalu ialah 6.77 kelahiran bagi setiap 1,000 orang. Bilangan itu menurun dari kadar 7.52 kelahiran pada 2021 dan menandakan kadar kelahiran terendah dalam rekod negara itu.
China juga mencatatkan kadar kematian tertinggi sejak 1976, mencatatan 7.32 kematian bagi setiap 1,000 orang berbanding 7.18 kematian pada 2021.
Kebanyakan kemerosotan demografi adalah hasil daripada dasar satu anak China yang dikenakan antara 1980 dan 2015. Selain itu, kos pendidikan yang tinggi juga menyebabkan ramai rakyat China tidak mempunyai lebih daripada seorang anak atau mungkin tidak mempunyai anak langsung.
Dasar sifar COVID yang telah dilaksanakan selama tiga tahun sebelum pembalikan mendadak menyebabkan kemudahan perubatan dan kerosakan kepada tinjauan demografi negara yang suram, kata pakar.
Walaupun kerajaan tempatan sejak 2021 telah melancarkan langkah untuk menggalakkan orang ramai mempunyai lebih banyak bayi, termasuk potongan cukai, cuti bersalin yang lebih lama dan subsidi perumahan.
Meskipun langkah-langkah itu dibuat, ia dijangka tidak akan menghentikan trend jangka panjang.
Carian dalam talian untuk kereta sorong bayi pada enjin carian Baidu China turun 17 peratus pada 2022 dan turun 41 peratus sejak 2018 manakal carian untuk botol bayi pula telah turun lebih satu pertiga sejak 2018.
Sebaliknya, carian untuk rumah jagaan warga emas pula telah melonjak sebanyak lapan kali ganda pada tahun lepas.
Perkara sebaliknya pula berlaku di India, di mana Google Trends menunjukkan peningkatan 15 peratus tahun ke tahun dalam carian untuk botol bayi pada 2022, manakala carian untuk katil bayi meningkat hampir lima kali ganda.
Sumber: CNA
The post Populasi Rakyat China Menyusut appeared first on Siakap Keli.




