Porsche Design Honor Magic V2 RSR Turut Diumumkan Untuk Pasaran Global – Pada Harga Mencapai RM14k

TechnologyDigital
25 Feb 2024 • 9:36 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Peranti boleh lipat baharu Porsche Design Honor Magic V2 RSR turut membuat kemunculan rasmi di pentas global sebentar tadi. Pada dasarnya ia merupakan sebuah Honor Magic V2 namun diberi sentuhan eksklusif dengan kerjasama syarikat reka bentuk mewah iaitu Porsche Design. Pada masa sama diberi naiktaraf melalui storan lebih besar mencapai 1TB.

image is not available

image is not available

Diinspirasikan daripada kereta Porche 911, koleksi edisi terhad ini diperbuat daripada bahan berbeza yang termasuk gentian kaca pada panel belakang. Diikuti pula dengan engsel yang menggunakan binaan titanium. Seperkara lagi Honor turut menyertakan lapisan khusus Anti-Scratch NanoCrystal Shield bertujuan memberi pelindungan lebih baik pada peranti. Peranti ini juga mengekalkan sokongan stylus pada skrin luar dan dalam.

image is not available

image is not available

Tiada perubahan spesifikasi dalaman dibuat malahan keseluruhannya serupa dengan Magic V2 biasa. Peranti dilengkapi skrin luar 6.43-inci yang diikuti skrin dalaman sebesar 7.92-inci. Skrin sepenuhnya daripada LTPO OLED 120Hz yang juga menyokong 2156 X 2344 piksel untuk skrin luar dan 1060 X 2376 piksel pula pada skrin dalam.

image is not available

Cip Snapdragon 8 Gen 2, memori 16GB RAM dan storan dalaman 1TB digunakan sebagai tunjang utama. Bateri 5,000 disertakan juga unik dalam indutri kerana sejenis silikon karbon dibangunkan Honor sendiri. Kemudian boleh dicas semula melalui port USB-C dan pengecasan pantas 66W.

image is not available

Kamera utama terdiri dengan 50MP + 50MP (ultra lebar) + 20MP (telefoto) dengan OIS. Sementara itu kamera swafoto di luar dan dalam masing-masing menggunakan sensor 16MP. Turut melengkapi peranti ialah pembesar suara stereo, pengimbas cap jari sisi, NFC, dan pemancar infra merah yang boleh menjadikannya sebagai alat kawalan jauh. Peranti dijual pada €2699 (~RM13,942) sebuah.