Port Dickson Dilanda Ribut Tropika Senyar Awal Pagi Tadi

LocalEnvironment
28 Nov 2025 • 8:44 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Port Dickson Dilanda Ribut Tropika Senyar Awal Pagi Tadi

Ribut Tropika Senyar dilapor melanda kawasan Port Dickson dengan membawa hujan lebat dan  kencang sekitar awal pagi tadi.

Insiden itu menyebabkan angin kencang serta beberapa pokok tumbang hingga menghalang laluan jalan.

Difahamkan, kawasan sekitar Sepang dan Bagan Lalang turut terjejas akibat ribut berkenaan.

Menerusi tinjauan di media sosial, rata-rata pengguna media sosial berkongsi detik-detik ribut berkenaan melanda kawasan itu.

Berikut antara video yang dikongsi;

https://www.facebook.com/masriyah.misni/posts/pfbid02yrchJt53VfNAwTuzqZsef2UNHRy9gST8RZXcEJfb3NQDCV7JUafHgyM3r7azAwDsl

https://www.facebook.com/reel/25510580018574449

https://www.facebook.com/zarahim99/posts/pfbid024wbPjWWUTFSH46qpQj43MKJMnj6AycsT911oE7ZDkhukc24arqewNdxUQKUvgHVMl

Semalam, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan bahawa Ribut Tropika Senyar dijangka berlaku di kawasan sempadan Perak dan Selangor bermula pada tengah malam.

Ketua Pengarah METMalaysia, Dr. Mohd Hisham Mohd Anip ia berdasarkan ramalan yang dilakukan di salah satu pusat wilayah MetMalaysia yang memantau corak dan aktiviti ribut taufan di India.

“Kita jangkakan akan berlaku di antara sempadan perak dan selangor tengah malam ini,” katanya dalam sidang media tergempar pada Khamis.

Beliau juga berkata MetMalaysia menjangkakan bahawa hujan berterusan akan membawa sekurang-kurangnya 200 hingga 300 milimeter (mm) hujan ketika ribut berlaku.

Dalam pada itu, ribut itu kini berada pada kedudukan Latitud 3.6° Utara dan Longitud 100.4° Timur.

Ia dijangka bergerak ke arah timur pada kelajuan 9 km/j serta mampu mencapai kelajuan angin maksimum sehingga 50 km/j.

Keadaan ini berpotensi membawa hujan lebat berterusan, angin kencang dan laut bergelora di kebanyakan kawasan di Semenanjung Malaysia sehingga 29 November 2025.

Sumber: Facebook/Orang Awam

The post Port Dickson Dilanda Ribut Tropika Senyar Awal Pagi Tadi appeared first on Siakap Keli.