Beberapa Kawasan Di Kuantan & Shah Alam Mula Dinaiki Air

LocalEnvironment
27 Nov 2025 • 11:56 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Beberapa Kawasan Di Kuantan & Shah Alam Mula Dinaiki Air

Hujan lebat berterusan telah menyebabkan banjir berlaku di beberapa kawasan di semenanjung malam ini.

Menerusi video yang dikongsikan oleh pengguna media sosial, kawasan Batu Tiga di Shah Alam dan Kempadang di Kuantan telah dinaiki air banjir.

BACA JUGA: MetMalaysia Jangka Ribut Tropika Senyar Berlaku Di Sempadan Perak & Selangor Malam Ini

@501awani

Setakat 9:30 malam, jalanraya di Batu Tiga, Shah Alam mula dilimpahi air banjir. Semua penduduk kini diminta untuk terus berwaspada memandangkan Ribut Tropika Senyar kini dijangka mendarat di Pantai Barat Semenanjung Malaysia tengah malam ini. AWANInews

♬ original sound – image is not availableAstro AWANIimage is not availableimage is not availableAstro AWANIimage is not available

@karimbenzima461

#perjalananhidup #fyppppppppppppppppppppppp #pageforyou_image is not available #pahangroyalfamily

@kuantanbest

Terkini Info Banjir Laluan Kempadang Makmur ke Sungai Soi Kuantan. Sumber Live Tiktoker DEROSSA #info #banjir #jalan #kuantan #terkini

♬ Police Siren Sound Effect – Beats by Talent

@era.je

Area Batu 3, Shah Alam mula dinaiki air. Hati-hati buat mereka yang melalui kawasan ini. #sharERA

♬ original sound – ERA – ERA

Terdahulu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan bahawa hujan berterusan dijangka akan berlaku di beberapa negeri termasuk di Selangor dan Pahang. hingga 29 November.

Amaran tahap bahaya itu melibatkan daerah Klang, Kuala Langat dan Sepang di Selangor. Manakala di Pahang membabitkan daerah Maran, Kuantan dan Pekan.

Dalam pada itu, Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) telah mengeluarkan senarai amaran banjir di negeri Selangor. Ia melibatkan beberapa daerah dan dijangka berlaku sehingga 30 November.

Kredit: TikTok

The post Beberapa Kawasan Di Kuantan & Shah Alam Mula Dinaiki Air appeared first on Siakap Keli.