‘Port healing’ warga asing diserbu

13 Sep 2026 • 4:44 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Port healing’ warga asing diserbu

KUALA LUMPUR – Seramai 472 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam operasi bersepadu berskala besar di sekitar Lebuh Pudu di sini, hari ini.

Operasi yang bermula kira-kira pukul 11 pagi itu menyaksikan suasana di lokasi berkenaan bertukar kecoh apabila sebahagian warga asing cuba melarikan diri selepas menyedari kehadiran pihak berkuasa.

Malah, ada antara mereka bergelut dengan anggota Jabatan Imigresen (JIM) bagi melepaskan diri.

Beberapa premis perniagaan dan asrama pekerja yang dikunci turut dipecah bagi membolehkan pemeriksaan serta tangkapan dijalankan.

Pemeriksaan lanjut turut menemukan premis di tingkat atas bangunan yang disyaki dijadikan sarang pelacuran selain kedai menjual ubatan haram yang dipercayai dikendalikan warga asing.

Operasi bersepadu itu membabitkan JIM Kuala Lumpur bersama Jabatan Pendaftaran Negara, Suruhanjaya Syarikat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Kuala Lumpur serta Kementerian Kesihatan.

Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Datuk Hamsha Injau berkata, seramai 2,500 warga asing diperiksa dalam Op Bersepadu Mega berkenaan.

Menurut beliau, hasil pemeriksaan itu membawa kepada penahanan 472 individu terdiri daripada 439 lelaki dan 33 wanita berusia antara 18 hingga 62 tahun.

“Tangkapan antaranya terdiri daripada warga Bangladesh, India, Myanmar, Nepal, China, Pakistan dan Zimbabwe.

“Antara kesalahan utama dikenal pasti ialah tiada dokumen pengenalan diri dan tinggal lebih masa,” katanya kepada pemberita selepas operasi di sini hari ini.

Menurut beliau, kesemua tahanan dibawa ke Depot Imigresen Bukit Jalil untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

The post ‘Port healing’ warga asing diserbu appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved